CuteCarry

Confession of an Asian StyleHolic

Santap DiRaja

I telah menghadiri majlis makan malam bersama Raja PerlisDYMM Tuanku Syed Sirajuddin dan Raja Perempuan Perlis DYMM Tengku Fauziah di sebuah hotel yang agak grand jugaklah kat area Bukit Bintang. Ini adalah majlis makan malam yang sangat kasual dan relax. Everybody is having fun, including me.

042

 Tuanku dan Raja Perempuan yang sentiasa ceria dan sangat merendah diri. Patik amat berbesar hati dapat bersama-sama dalam majlis yang amat meriah ini.

Jika anda bersama kerabat-kerabat diRaja Melayu protokol perlulah diambil kira  walaupun  dimana atau keadaana apa sekalipun. Ketika berjumpa dan sebelum bersalam ataupun ingin meninggalkan meja perlulah menyembah hormat. Janganlah anda dicop sebagai seorang yang tidak menghormati dan tidak faham etika. Jika anda boleh mengikuti etika yang telah ditetapkan oleh masyarakat Barat seperti etika 10 course dinner and such, I think there should be no problem for us to respect our Royal ethics too.

Semasa waktu makan pula, anda hanya boleh makan setelah Raja atau sultan mula santap (makan). Janganlah makan atau minum sebelum ia bermula. Walaupun raja atau sultan tersebut tidak nampak apa yang anda lakukan, tetapi tetamu lain akan menjeling dan berkemungkinan besar anda akan difikirkan sebagai tidak tahu adab majlis!

025

Daripada segi pakaian pula, ia perlulah bersesuaian dengan tema majlis tersebut. Jika formal/rasmi, pakaian seperti batik dan seluar slack ataupun two piece suit bertali leher. Bagi wanita pula, pakaian yang paling selamat ialah baju kurung, kebaya, Jika majlis adalah separa formal atau kasual dan ia diadakan didalam dewan, kemeja tanpa tali leher adalah paling sesuai.Wanita pula boleh memakai blouse lengan panjang, kemeja dengan skirt atau seluar. Ingatlah bahawa majlis tersebut bukanlah untuk anda mededahkan tubuh badan anda. Please cover up. Jika anda memakai pakaian yang agak mendedah, balutilah bahagian anda dengan shawl. Sekejap je, bukan lama. Lepas majlis selesai, anda nak buat apa, nak dedah mana pun boleh, tetapi bukan semasa majlis diadakan!

Jeans adalah tidak digalakkan.

Kelakuan perlulah dijaga kerana anda bukan menghadiri majlis harijadi anak sedara tapi majlis bersama kerabat. Elakkan ketawa terlalu kuat walau kelakar mana pun jenaka yang orang sebelah anda buat.

Jika Raja atau Sultan tiba-tiba lalu berdekatan dengan meja anda, jangan lupa untuk bangun dan menyembah hormat. Ini mungkin agak keterlaluan pada sesetengah orang, tapi percayalah jika anda biasa menghadiri majlis-majlis Raja, ia adalah perkara yang perlu dibuat. Tiada apa yang pelik dengan perkara ini.

Seperkara lagi, bahasa diri anda sebagai Patik dan bukannya ‘I’,‘aku’,’mek’,‘hem’ atau ‘saya’.

The above basic rules apply to all. Tak kisahlah orang Melayu, Jawa, Cina, India, Iban, Sino Kadazan, Orang Sungai, Orang Ulu, Siam, Kanak (ada kaum ni kat Johor) atau apa pun bangsa tak kira warna kulit putih, kuning, biru ke apa.. wajib ikut!

Jangan nak buat malu na…….

024

Me (blame the camere, I look a bit chubby face) with Datin Shazreen Zulkifli. She is carrying Celine and in a very beautiful top and slack.  Chanel chain bags dominating the night. But it is so impressive to see one Datin carrying cream Birkin Hermes. Sorry guys, I did not really snap much pics.

The guests are wearing from Rizalman to Razwan Radzuwill to Citra.

 Cantek tak my baju silk batik? (seperti biasa tetap tak mahu kalah juga ni), dapat banyak compliments, some ask where to get it?..  FYI I bought the silk from  level atas sekali Jakel kat Jalan Masjid India, where they  sell all the expensive, high end fabrics (lagi..  tetap tak mahu kalah juga ni). It is like around RM100 plus per metre. Not really expensive (tetap statement berangan kan!!) tapi I like the baju. Thanks to my tailor yang jahir baju ni dengan penuh hati-hati…

0532

With  Tengku Datin Elina (Mak Engku) on my left and guest. I love  Mak Engku outfit. She is carrying silver Fendi Baguette.

051

With Tengku Datin Marina.

027

From left, Nurul Huda, Fazwin, Orang paling berangan, Datin Shazreen Zulkifli.

054

Datuk Maria Menado. still beautiful…

March 22, 2009 Posted by | Uncategorized | , , | Leave a comment

   

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.