Baju nikah Yatt
Tahniah diucapkan kepada Yatt kerana bukan sahaja telah selamat menempuh alam perkahwinan tetapi juga kerana telah memilih pakaian nikah yang memang ada class!!!

Persalinan nikah Yatt dan suaminya,Abdul Mutalib Abdul Shukor oleh Den Wahab (baju melayu), Lynda Rahim (baju kurung), dan Udaimatinnur (tudung), jelas menunjukkan bahawa pasangan ini memang mempunyai ‘taste’. Walaupun material yang digunakan untuk menyiapkan baju kurung ini nampak serabut, tetapi pereka bijak mengadun agar ia tidak nampak Yatt seperti pokok krismas (seperti yang berlaku kepada be berapa pengantin yang saya pernah lihat!).
Nothing simple about this baju nikah. Why go simple if this is one the most special day in your life?
Jika diperhatikan, Baju kurung moden dan tudung ini menggunakan pendekatan selamat iaitu warna putih. Walaupun ia agak berat tetapi tetap nampak elegan dan menawan.

Perkara yang menarik mengenai baju kurung moden ini ialah ala tengkuk cekak musang dan seakan-akan ‘turtle neck’. Fesyen ini juga selaluna menjadi pilihan pengantin-pengantin di negara seberang. Mungkin anda boleh mendapat inspirasi daripada fesyen pakaian ini.
Den Wahab Collection Sdn Bhd, M17, Mezzanine Floor, Ampang Point Shopping Centre, Kuala Lumpur 68000, Wilayah Persekutuan. p: 603-42512276
-
Archives
- July 2009 (18)
- June 2009 (50)
- May 2009 (52)
- April 2009 (73)
- March 2009 (39)
- February 2009 (16)
- January 2009 (39)
- December 2008 (29)
- November 2008 (22)
- October 2008 (4)
- September 2008 (21)
- August 2008 (26)
-
Categories
-
RSS
Entries RSS
Comments RSS


