Pakaian Terbaik Anugerah Bintang Popular 2008
Keputusan untuk Pereka Terbaik telah diumumkan pada Post Party ABP 2008 oleh Nabil. Pereka-pereka memenangi hadiah daripada Rafflesia Pearls yang bernilai RM10 ribu untuk setiap kategori. I wonder if pereka-pereka ni berkongsi tak hadiah ni dengan artis-artis ni!

Tahniah kepada pereka baru, Siti Nur Syuhada Shaharani apabila rekaannya yang digayakan pelakon popular, Zizie Ezette diumumkan sebagai Pereka Terbaik (Wanita) di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008. Beliau adalah pelajar Uitm yang baru menghabiskan pengajiannya.

Kategori lelaki yang diungguli oleh Hatta Dolmat yang mengetengahkan konsep yang berlainan pada malam itu. Jika kebanyakan pereka hanya menumpukan kepada tali leher dan vest songket, Hatta pula menggunakan konsep seakan-akan trench coat dan tuxedo dan elemen songket adalah pada tali pinggang dan di atas bahu (nampak macam oversized shoulder pad pun ada!).

Tahniah juga kepada artis-artis yang hadir kerana melaram dengan tema songket. Walaupun ada diantara artis yang hadir dengan pakaian seharian macamlah diaorang ni nak pergi ke Tesco atau Giant, namun ia tidak mencacatkan langsung kemeriahan majlis ini kerana majoritinya menghormati majlis dengan berpakaian yang sesuai.
Kebanyakan pakaian menepati konsep sentuhan tenun. Fabrik-fabrik seperti French lace, thai silk. satin dan sebagainya diadun dengan songket. Hasilnya, pakaian memang nampak glamour.

Baju yang dipakai oleh Zizie Ezette memang kena dengan bentuk badannya. Siti memahami susuk tubuh Zizie yang montok. Ia nampak glamour dan hampir sempurna! Warna biru yang dipilih pula nampak begitu menyerlah!
Kebanyakan pereka yang hadir turut melaram sakan! Macam gathering Designer Malaysia pulak! The best dressed designer is Siti yang menggayakan dress pendek dengan turban songket (like Prada turban, but this is much much better!)

Tahniah kepada Berita Harian dan TV3!
4 Comments »
Leave a Reply
-
Archives
- July 2009 (18)
- June 2009 (50)
- May 2009 (52)
- April 2009 (73)
- March 2009 (39)
- February 2009 (16)
- January 2009 (39)
- December 2008 (29)
- November 2008 (22)
- October 2008 (4)
- September 2008 (21)
- August 2008 (26)
-
Categories
-
RSS
Entries RSS
Comments RSS



Salam, bro,
serius cakap, best la walaupun tgk kat tv, tapi yg tak best is si adlin aman ramli.. boring…. kat rumah dah menguap dh bile tgk die ckp, but then mood naik balik bilesyarifah ckp bbalik.. haha. anyway, nice gambar…
betul.. i agreed. agak bosan sikit si Adlin tu kan.. macam syok sendiri je..
Hi there!
I remember you. Thanks for the photo… was looking for photos from the after party. Many thanks!
IZ
i need contact no of shaharani ..do you mind?