CuteCarry

Confession of an Asian StyleHolic

Styo Fashion Grand Prix KL

Ia kembali lagi.. walaupun I tak dapat apa-apa invitation lagi, tapi tetap ingin mempromosikan salah satu event yang paling meletop iaitu Styo Fashion Grand Prix KL yang diadakan sempena perlumbaan F1.

Pada tahun kedua Stylo ini  akan diadakan tempat yang paling romantik; pakcik makcik kita maybe pernah berdating dekat tempat itu iaitu di Taman Tasik Perdana ataupun lebih dikenali sebagai Lake Garden, Kuala Lumpur. Jika ada berumur kurang 20 tahun seperti saya (oppsss…) anda mesti tak  berapa kenal sangat dengan Lake Garden. Tapi menurut sumber-sumber tertentu ,tempat tu memang glamour sangat waktu zaman dulu-dulu untuk tempat lepak sebab kala tu mana ada KLCC ataupun Pavillion untuk pi berdating. (soalan cepumas- ada tak pencegah maksiat buat serbuan kat situ zaman tu?).

Tapi saya percaya selepas ini ia akan kembali ke zaman kegemilangannya kerana ia akan dikenali sebagai Stylo Fashion Village!

Kelas kan, Lake Garden jadi kampung stylo, mana tau satu hari nanti Lily Cole lepak kat situ pakai kain batik dan baju Kedah tapi tetap dengan Christian Louboutin heels ataupun Agyness Deyn berjalan gagah pakai baju melayu  dan songkok;dia kan berangan androgynous!

Sejulang tahniah diucapkan kepada Presiden dan CEO Stylo, Datuk Nancy Yeoh kerana memilih lokasi yang hebat ini. Menurut beliau, tujuan ia diadakan kerana ia ingin memaparkan keindahan fesyen berlatarbelakangkan pemandangan semulajadi Malaysia.

Datuk Nancy juga menyatakan pada tahun ini Stylo KL akan bekerjasama dengan Bumiputera Designers Association dan Malaysia Official Designer Association (MODA) untuk mengetengahkan pereka-peraka muda kedalam industry fesyen negara dan antarabangsa. Stylo juga akan menganjurkan pertandingan MODA’s Young Designers Competition (MYDC).

Selain daripada Lake Garden, lokasi acara Stylo ialah di Mercedez-Benz Autohaus di Hap Seng Star, Vodafone Mercedes McLaren dan satu tempat rahsia. Awat la dia orang nak rahsia? I really hope it is a good surpise!

Antara pereka tempatan yang akan mengambil bahagian ialah Tom Abang Saufi, Bill Keith, Jendela KL, Khoon Hooi, Melinda Looi dan Albert King,

Stylo Fashion Grand Prix juga mendapat sentuhan Sepanyol apabila  Turismo Madrid (Madrid Tourism Board akan menerbang pereka terkenal Sepanyol seperti Agatha Ruiz de La Prada (takde kena mengena dengan Prada), Maria Lafuente dan Angel Schlese dan juga supermodel-supermodel terkenal negara tersebut. Merasa kita melihat dengan lebih dekat design terbaru dan juga supermodel terkenal tu .. cepatlah bagi invitation…..

p/s: satu je I harapkan, banyakkanlah model-model berwajah Malaysia catwalk kat Stylo.  Kadang-kadang tu dah rasa macam tengok fashion show kat overseas sebab semua model-model muka Pan-Asian. Teringat zaman 1990an waktu local face rule the catwalk from Azura, Genevieve, Grace Ooi to Vanadja Subramaniam. Hebat-hebat diaorang!!  

March 18, 2009 - Posted by | Uncategorized |

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: