CuteCarry

Confession of an Asian StyleHolic

Ning Baizura jadi fashion designer?

Ning telah mengikut jejak langkah artis-artis seperti Lauren Conrad, Gwen Stefani, Jennifer Lopez dan sebagainya dengan mereka pakaian; tetapi hanya untuk lelaki.

Ning ada class, she knows how to wear almost anything and everything. I pasti jika ia diatur dengan berhati-hati,pada suatu hari nanti, kita akan melihat Ning sebaris dengan Rizalman, Tom Abang Saufi dan Michael Ong. Tapi ingat Ning, harap benda ni jangan sekerat jalan ye dan jangan nak mahal-mahal sangat na…..

Sumber Hip, Berita Harian:

ning-1

Ning jual baju lelaki pula

Kesukaran dapatkan pakaian sesuai dengan saiz badan suami beri idea ceburi bidang fesyen

“Oleh kerana dia seorang lelaki berbangsa Inggeris, memang sukar mendapatkan pakaian yang sudah siap betul-betul mengikut bentuk badan, kadang-kadang apabila bahagian badan sesuai, lengan pula pendek.
“Jadi saya mengambil keputusan ini untuk memudahkan mereka yang bersaiz besar atau yang berlainan dengan susuk tubuh warga Asia mendapatkan pakaian yang sesuai,” katanya.
Menghadirkan seleksi pakaian di bawah jenama Stun-Ning, keputusan Ning untuk menceburi bidang perniagaan turut mendapat sokongan rakan yang meminati potongan fesyen yang ditampilka

Ning mengakui biarpun tidak pernah mengikuti sebarang kursus dalam bidang fesyen secara formal, dia sudah lama meminati bidang itu dan hanya menunggu masa sesuai untuk menceburinya.
Malah, peluang memperagakan fesyen sentuhan pereka baru di pasaran menjadi platform Ning menggarap ilmu sebanyak mungkin untuk menjayakan cita-citanya itu.
“Buat masa ini saya sudah mempunyai antara 10 hingga 20 pelanggan di sekitar Lembah Klang dan lebih menumpukan kepada fabrik seperti kapas dan sutera yang sesuai dijadikan corak batik.

“Saya sendiri mencurahkan idea untuk mencorakkan rekaan kain dengan sentuhan batik selain menyediakan perkhidmatan terus kepada pelanggan dengan berjumpa mereka untuk mengukur saiz sebelum diserahkan kepada tukang jahit,” katanya.

Ning berkongsi harapan dan cita-citanya itu ketika ditemui pada sidang media Minggu Setiausaha yang diadakan di Pullman Putrajaya Lakeside, Putrajaya baru-baru ini.

ning-2

Hadir sama pada sidang media itu, Pengurus Besar Pullman Putrajaya Lakeside, Patrick H Sibourg.

Ning akan menghiburkan kira-kira 350 setiausaha bersama bos masing-masing di hotel yang baru beroperasi itu pada 23 April nanti.

Penyanyi yang popular dengan lagu Curiga itu menyedari kejayaan tidak akan bergolek tanpa usaha.

Sehubungan itu, Ning yang baru menyempurnakan rakaman single bersama Altimet menerusi Mimpi mengingatkan semua artis untuk merebut peluang yang ada.

“Saya sering menjadikan diva Anita Sarawak sebagai idola kerana kagum dengan tenaga dan kreativitinya yang tidak putus-putus menghasilkan idea baru.

“Selepas hampir 16 tahun berkecimpung dalam bidang seni suara, saya rasakan ini adalah masa yang sesuai untuk memulakan bidang baru yang amat saya minati,” katanya yang tidak menolak kemungkinan membuka butik satu hari nanti.

Ning yang melangsungkan perkahwinan dengan Omar pada 31 Januari tahun lalu berkata, sebagai seorang artis dia perlu melakukan evolusi dan tidak bergantung harap kepada satu bidang semata-mata terutama ketika keadaan ekonomi yang tidak menentu kini.

“Saya turut mempunyai sebuah studio di Kepong dan memberi perkhidmatan latihan vokal kepada lima pelajar sekali seminggu,” katanya yang menanam cita-cita untuk menjadi artis serba boleh.

Selain itu, Ning yang baru selesai menjalani penggambaran sebuah filem terbitan KRU, Magika, berkata dia turut berjinak-jinak dalam dunia perfileman dengan menuntut ilmu daripada pengarah terkenal, David Teo bagaimana untuk menjadi seorang pengarah yang baik.

“Biarlah apa orang nak kata, kita sebagai artis tidak sepatutnya berhenti daripada mencari peluang yang boleh menjamin masa depan,” katanya.

Mengambil pendekatan `memekakkan telinga’ terhadap segala tohmahan orang sekeliling, Ning terus mengorak langkah dalam memastikan kejayaan berada dalam genggamannya.

Ditanya mengenai kehadiran cahaya mata sebagai penyeri rumah tangga selepas lebih setahun berkongsi hidup dengan Omar Shariff, Ning berkata, dia belum bersedia untuk menambah ahli keluarga.

“Kalau boleh biarlah dulu kerana terlalu sibuk… Saya sendiri tidak dapat membayangkan bagaimana kalau dalam keadaan mengandung saya masih terkejar ke sana ke mari,” katanya tertawa.


March 23, 2009 - Posted by | Uncategorized |

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: