CuteCarry

Confession of an Asian StyleHolic

Skinny jeans untuk lelaki

Ada juga kawan yang bertanyakan saya, tak ketat ke pakai skinny jeans or soalan yang lebih daring ialah boleh bernafas ke ‘anu’ bila pakai skinny jeans? Jawapan saya ialah skinny jeans ni memanlah seluar ketat tapi ia memang direka ketat.Masalah selesa atau tidak tidak timbul kerana gaya mengatasi segalanya!!!.. (Power tak statement??)

1031

Di dalam almari saya memang skinny jeans. kerana sekarang ni mood nak pakai skinny jeans je. Lagipun sekarang ni memang trend skinny or carrot jeans. Contohnya di Dior, seluar yang mengecil di bahagian bawah kelihatan amat bergaya, teringat zaman-zaman awal 90’an dulu. Pentas Gucci pula menyaksikan budak-budak yang kurus kering melewati pentas dengan memakai seluar yang juga kurus kering (skinny)!

 Skinny Jeans

Skinny jeans juga menjadi kegemaran selebriti-selebriti tempatan dan antarabangsa. Antara artis antarabangsa yang dilihat sering memakai skinny jeans ialah suami kepada Heidi Klum, Seal dan juga Kanye West yang menyatakan sekarang dia amat suka memakai skinny jeans dan bukannya seluar  ala-ala hip hop yang besar dan londeh!

Sebenarnya skinny jeans ni bukanlah sesuatu yang baru. Sejak dari zaman 80an skinny jeans telah digayakan sebagai salah satu gaya rockers. Kumpulan Wings yang glamour waktu zaman dulu memang suka sangat dengan skinny jeans. Tak percaya tengok ni!

Sehubungan dengan itu, tidak begitu hairanlah jika skinny juga dikenali sebagai seluar pilihak rockers.Bukan rocker murahan yang anda banyak tengok melepak kat Central Market dan Pertama Kompleks ye (pakai GA Blue tapi perasan kelas tak hengat!). Tetapi rockers yang ada class. Jika anda ingin menggayakan skinny jeans untuk mendapatkan gaya rockers, padankanlah ia dengan baju t-shirt atau jaket kulit (pakai waktu malam, bukan siang yang panas meremang!).  

 

Aksesori seperti statement belt juga banyak membantu di dalam menaikkan imej rock anda. Studded belt adalah aksesori yang paling menyerlah. Saya mula agak obsess dengan studded belt semasa selepas menonton filem Sex and the city. Sarah Jessica Parker aka Carrie memakai studded belt rekaan stylist Patricia Field dalam pelbagai gaya daripada memadankannya dengan seluar dan dress.  Nampak very outstanding! Saya menggayakan  studded belt saya dengan skinny jeans saya. Aksesori lain yang boleh digayakan untuk gaya rocker ini ialah selendang arab (Keffiyeh).

Tapi adakah semua orang sesuai memakai skinny jeans? Tidak semua. Kenyataan ini memang pahit untuk diterima tetapi jika namanya ialah skinny jeans (seluar kurus kering), orang yang memakainya mestilah juga kuruskan.

Bukanlah untuk mengutuk, tetapi saya amat merasakan mereka yang berbadan agak besar memakai skinny jeans macam tak sesuai  je. Kadang-kadang nampak macam sosej besar yang dibeli kat food court Ikea tu. Jangan marah ye.  Bukan semua orang sempurna. Supermodel pun bukan sempurna. Anda harus mencari pakaian yang sesuai dengan bentuk badan anda.

Tapi orang yang terlalu kurus juga tak sesuai memakai skinny jeans. Jika salah memilih jenis skinny jeans., berkemungkinan anda akan nampak very flat terutamanya di bahagian punggung. Saya juga mempunyai punggung yang agak flat, masalah memilih skinny jeans juga berlaku pada saya. Untuk mengatasi masalah ini, seluar skinny jeans yang dipilih wajib mempunyai poket di bahagian belakang.

 Kesimpulannya, skinny jeans ni memang tengah hot. Jika anda merasakan anda boleh memakai skinny jeans, gayakanlah ia sementara masih very in.

Antara skinny jeans yang anda boleh beli adalah melalui laman web lelong.

Stay skinny, wear skinny!

 

March 27, 2009 - Posted by | Uncategorized |

4 Comments »

  1. yuck! aku pompuan n aku tak ske tgk laki pakai skinny jeans.
    ahaha. no offense

    Comment by aiyo | October 23, 2009

  2. OVER LAH U

    Comment by muheder | January 1, 2010

  3. ee ..cntik arh ..
    tp i nk beli skinny wane pink pkat ..
    ssah la nk cri ..

    Comment by eyda | August 7, 2010

  4. untuk pengetahuan kebanyakkan perempuan arsia tidak mempunya cutting kaki yang laa la…..

    Comment by Anonymous | August 17, 2010


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: