CuteCarry

Confession of an Asian StyleHolic

Pakaian Terbaik Anugerah Bintang Popular 2008

Keputusan untuk Pereka  Terbaik telah diumumkan pada Post Party ABP 2008 oleh Nabil. Pereka-pereka memenangi hadiah daripada Rafflesia Pearls yang bernilai RM10 ribu untuk setiap kategori. I wonder if pereka-pereka ni berkongsi tak hadiah ni dengan artis-artis ni!

234

Tahniah kepada pereka baru, Siti Nur Syuhada Shaharani apabila rekaannya yang digayakan pelakon popular, Zizie Ezette diumumkan sebagai Pereka Terbaik (Wanita) di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008.  Beliau adalah pelajar Uitm yang baru menghabiskan pengajiannya.

243

Kategori lelaki yang diungguli oleh Hatta Dolmat yang mengetengahkan konsep yang berlainan pada malam itu. Jika kebanyakan pereka hanya menumpukan kepada tali leher dan vest songket, Hatta pula menggunakan konsep seakan-akan trench coat dan tuxedo dan elemen songket adalah pada tali pinggang dan di atas bahu (nampak macam oversized shoulder pad pun ada!).

250

Tahniah juga kepada artis-artis yang hadir kerana melaram dengan tema songket. Walaupun ada diantara artis yang hadir dengan pakaian seharian macamlah diaorang ni nak pergi ke Tesco atau Giant, namun ia tidak mencacatkan langsung kemeriahan majlis ini kerana majoritinya menghormati majlis dengan berpakaian yang sesuai.

Kebanyakan pakaian menepati konsep sentuhan tenun. Fabrik-fabrik seperti French lace, thai silk. satin dan sebagainya diadun dengan songket. Hasilnya, pakaian memang nampak glamour.

190

Baju yang dipakai oleh Zizie Ezette memang kena dengan bentuk badannya.  Siti  memahami susuk tubuh Zizie yang montok. Ia nampak glamour dan hampir sempurna!  Warna biru yang dipilih pula nampak begitu menyerlah!     

Kebanyakan pereka yang hadir turut melaram sakan! Macam gathering Designer Malaysia pulak! The best dressed designer is Siti yang menggayakan dress pendek dengan turban songket (like Prada turban, but this is much much better!)

2391

Tahniah kepada Berita Harian dan TV3!   

April 16, 2009 - Posted by | Malaysian Designer | , , , ,

4 Comments »

  1. Salam, bro,
    serius cakap, best la walaupun tgk kat tv, tapi yg tak best is si adlin aman ramli.. boring…. kat rumah dah menguap dh bile tgk die ckp, but then mood naik balik bilesyarifah ckp bbalik.. haha. anyway, nice gambar…😀

    Comment by Paan Lee Zailani Lee | April 17, 2009

  2. betul.. i agreed. agak bosan sikit si Adlin tu kan.. macam syok sendiri je..

    Comment by cutecarry | April 17, 2009

  3. Hi there!

    I remember you. Thanks for the photo… was looking for photos from the after party. Many thanks!

    IZ

    Comment by IZ OIAM2 | April 17, 2009

  4. i need contact no of shaharani ..do you mind?

    Comment by fynnaz | May 17, 2009


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: